Dasar privasi
Dikemas kini: 16 Oktober 2026
JomHire Staff dikendalikan oleh Adsinar Capital Ventures Sdn. Bhd. ("kami"). Dasar ini menerangkan data yang kami proses dan sebabnya, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Data yang kami kumpul
- Maklumat akaun: nama, emel, telefon dan nama syarikat.
- Emel daripada peti emel yang anda sambung (Gmail atau Microsoft 365): pengirim, penerima, subjek, isi teks dan tarikh.
- Mesej WhatsApp (teks, gambar, dokumen) yang dihantar kepada nombor perniagaan yang anda sambung.
- Token akses akaun Facebook, Instagram, Threads, TikTok, dan iklan Meta yang anda sambung, serta kandungan yang staf AI sediakan untuk diterbitkan.
- Data pelanggan, invois dan tempahan yang anda atau staf AI masukkan.
- Rekod bayaran langganan (diproses oleh ToyyibPay atau Billplz; kami tidak menyimpan butiran kad atau akaun bank).
Cara data emel & mesej digunakan
Data emel dan mesej WhatsApp hanya digunakan untuk menyediakan ciri yang anda minta: mengklasifikasi emel, menyediakan draf balasan dan taklimat harian. Kami tidak menggunakan data emel untuk iklan, tidak menjualnya, dan tidak membenarkan manusia membacanya kecuali dengan kebenaran anda, untuk keselamatan, atau jika diwajibkan undang-undang.
Penggunaan dan pemindahan maklumat yang diterima daripada Google API mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Limited Use.
Untuk menjana draf, kandungan emel dihantar kepada penyedia model AI kami (Anthropic) di bawah terma yang tidak membenarkan data tersebut digunakan untuk melatih model.
Keselamatan
Token akses peti emel disulitkan dalam pangkalan data. Sambungan menggunakan HTTPS. Anda boleh memutuskan peti emel bila-bila masa di Tetapan; token akan dipadam serta-merta.
Penyimpanan dan pemadaman
Emel yang diproses disimpan selama akaun aktif. Selepas langganan tamat, data disimpan 30 hari kemudian dipadam. Anda boleh meminta pemadaman lebih awal dengan menghubungi kami.
Hubungi kami
Sebarang pertanyaan berkaitan privasi: [email protected].